Sunday 5 May 2013

Tempahan doorgift snek kacang botak untuk majlis pertunangan

Alhamdullillah, semalam baru sahaja menyerahkan tempahan doorgift snek kacang botak kepada pelanggan yg akan melangsungkan majlis pertunangan. Semoga majlis pertunangan beliau akan berjalan dengan lancar.

Thursday 25 April 2013

Kacang Botak Spicy

Assalamualaikum dan salam  sejahtera, lama juga tak update blog ini. Hari ini baru berkesempatan untuk post, Muslimhomemade memperkenalkan satu lagi produk iaitu kacang botak spicy / pedas dengan perisa muruku. Kepada yg berminat rasa kacang botak pedas dengan rasa muruku di dalamnya. bolehlah order.



Monday 25 February 2013

Menyiapkan tempahan door gift Snek Kacang botak untuk majlis pertunangan

Hari ini due date untuk menyerahkan tempahan Door Gift snek kacang botak kepada pelanggan di Jeram, Kuala Selangor. Door Gift tersebut untuk majlis pertunangan.
Proses packing dan label

Susun supaya mudah untuk menghitung bilangan

Susun Door Gift dalam kotak untuk di serahkan kepada pelanggan

Door Gift pilihan pelanggan tersebut mempunyai berat +/- 70g
Alhamdulillah sudah pun menyerahkan tempahan tersebut kepada pelanggan di lokasi Jeram, Kuala Selangor
Kepada yg berminat untuk membuat tempahan doorgift snek kacang botak sila hubungi Mohd Kamal, hp 017-8822364

Wednesday 20 February 2013

Kemaskini label packing RM 1.00

Tiba masanya untuk kemaskini label packing agar lebih menarik.
Kemaskini label packing RM 1.00
Add caption


Sunday 3 February 2013

Hidangan snek homemade kacang botak

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera, Apakah aktiviti anda di waktu hari minggu . Kalau tidak pergi berjalan mengunjungi tempat2 menarik mungkin bersantai di rumah . Ketika menonton TV atau bersembang dengan keluarga mestilah ada makanan ringan yg menjadi hidangan. Antara makanan yg boleh dicadangkan adalah snek homemade kacang botak beserta minuman panas teh atau kopi.

Sepingan snek homemade kacang botak
Sebiji homemade kacang botak
Setelah dibuka

Thursday 31 January 2013

Snek homemade Kacang botak packing balang comel

Snek homemade kacang botak berat 0.5kg dalam balang comel cuma berharga RM 8.00 . Bila ingin makan cuma putarkan penutup untuk membukanya kemudian tutup balik dengan ketat untuk mengelakkan angin masuk. Bila kacang sudah habis , balangnya boleh digunakan untuk menyimpan barang lain.

Berat bersih +/- 0.5 Kg  RM 8.00

Door Gift Snek Homemade Kacang Botak serendah RM 0.50/pc

Assalaamu'alaikum dan salam sejahtera, Kami juga ada menjual door gift snek kacang botak serendah RM 0.50/pc , kami juga menawarkan diskaun untuk tempahan melebihi 500 pcs . Kos penghantaran adalah ditanggung oleh pelanggan . Melainkan berdekatan dengan lokasi kami di Kg Tok Muda, Kapar Selangor.

Door Gift 35g RM 0.50/pc